Jumaat, 29 Mei 2015

KENALI SK IBOK

Sekolah Kebangsaan Ibok didaftarkan dengan kod TBA2010 dibuka pada 4 Oktober 1951 oleh Tuan Lock yang merupakan APO Kemaman. Ia terletak di luar Bandar di dalam daerah Kemaman, 15 Km dari Bandar Chukai. Keluasaan sekolah adalah 6.75 ekar.
            Penduduk di persekitaran sekolah merupakan penduduk kampung tradisional yang terletak di sepanjang jalan dan berkelompok di pekan Kampung Ibok. Kebanyakan penduduk kampung terdiri dari pada orang melayu yang bekerja sebagai petani dan penoreh getah. Sebahagian kecil penduduk merupakan orang cina bekerja sebagai perniaga kedai runcit.
            Sekolah Kebangsaan Ibok dahulunya mempunyai sebuah bangunan ketika ia mula bertapak. Dengan hanya mempunyai 5 bilik darjah dan murid seramai 26 orang. Namun pada 1 Jun 1969, ia berpindah ke bangunan baru yang mempunyai bangunan sebanyak 4 b
uah yang mengandungi 13 bilik. Manakala bilangan murid adalah seramai 350 orang terdiri daripada orang melayu yang tinggal dan menetap di Kampung Ibok,Yak Yah, Kg Pondok Pasir, Kg. Pondok Limau, Kg Padang Kemunting, Kg Jong Berlabuh dan Kg Batu 9.
             Sekolah ini mula membuka kelas pendidikan khas  pada Januari 2007. Bilangan murid di sekolah Kebangsaan Ibok sehingga kini adalah adalah seramai 350 orang, manakala bilangan guru seramai 35 orang
Sekarang terdapat 12 kelas pembelajaran perdana iaitu Tahun 1 hingga Tahun 6, 2 kelas PPKI ( Program Pendidikan Khas Integrasi ) dan 2 kelas Pra Sekolah.
Pada Tahun 2015, bilangan guru terdiri daripada 35 orang iaitu:

  1  Guru Besar
  1  PK Pentadbiran
  1  PK HEM
  1  PK Kokurikulum

  1  Guru Media
  1  Guru Pemulihan
  2  Guru Prasekolah
  3  Guru PPKI
  1  Guru Data
  1  Guru Penyelaras Betari 
22  Guru Penolong

Pada tahun ini juga, SK Ibok terpilih sebagai Sekolah New Deal kerana berlaku lonjakan saujana dalam prestasi 2014.


Pada hari guru peringkat Daerah Kemaman, SK Ibok telah dianugerahkan dengan Anugerah Lonjakan Saujana dalam UPSR 2014.


Segala kejayaan yang dicapai adalah hasil persepakataan idea semua warga SK Ibok.



n'Sah...311




Tiada ulasan:

Catat Ulasan