Khamis, 11 Jun 2015

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERINGKAT DAERAH KEMAMAN

Pada 27 Mei 2015, SK Ibok telah menghantar pasukan Bola Tampat sekolah di bawah bimbingan Cikgu Mohd Asran bin Jusoh. Perlawanan ini dijalankan di SK Geliga Kemaman.
SK Ibok telah menduduki Johan peringkat Daerah Kemaman dan pasukan Daerah Kemaman mendapat tempat ke-3 dalam  bola tampar MSST. Tahniah!!!!!
Pasukan daerah Kemaman turut diwakili oleh 32 orang murid SK Ibok iaitu 3 org murid sk ibok iaitu
Syapik aminuddin 6 Arif, Iman Afzal 5 Arif dan Izwan hakimi 5Bestari.

Tahniah diucapkan.... Syabas kepada semua guru yang terlibat mencipta kejayaan ini.

Isnin, 1 Jun 2015

KELAS TAMBAHAN CUTI SEKOLAH

Bermula 29 Mei 2015 sekolah akan bercuti sela,a 2 minggu sehingga 13 Jun 2015. Aktiviti UPSR yang dirancang sepanjang cuti tersebut ialah Kelas Tambahan Tahun 6 bermula 29 Mei sehingga 1 Jun 2015. ( Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin ). Kelas tersebut dikendalikan oleh 7 orang guru mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Surat makluman dihantar kepada ibu bapa supaya mereka dapat bekerjasama memastikan anak mereka hadir ke kelas tersebut seperti jadual yang telah disusun.

Ahad, 31 Mei 2015

KEM TUTORIAL UPSR 2015 DAERAH KEMAMAN

Bagi memastikan pencapaian prestasi UPSR 2015 berada pada tahap yang cemerlang, PPD Kemaman melaksanakan program tahunan iaitu KEM TUTORIAL UPSR 2015 bermua 31 Mei hingga 2 Jun 2015.

SK Ibok turut menghantar 7 orang murid target untuk bersama menyertai kem tersebut.

Sabtu, 30 Mei 2015

KOROBORI PENGAKAP KEBANGSAAN

Bermula hari ini 30 Mei 2015 sehingga 3 Jun 2015 Korobori Pengakap Kebangsaan berlangsung di Kem Pengakap Tengku Mohamad Ismail Telaga Batin.

Alhamdulillah, Sekolah Ibok turut tersenarai untuk menghantar peserta dan seramai 4 orang murid dari Tahun 5 telah terpilih mewakili sekolah.

Semoga mereka berjaya melalui semua aktiviti yang disusun dengan jaya dan paling penting segala pengalaman sepanjang kem dapat diaplikasi dalam kehidupan hari-hari mendatang.

Tahniah juga kepada ibu bapa mereka yang sangat prihatin membenarkan mereka ke sana malah turut bersama-sama menghantar peserta kem di PPD Kemaman sebagai tanda iringan doa restu.

Jumaat, 29 Mei 2015

KENALI SK IBOK

Sekolah Kebangsaan Ibok didaftarkan dengan kod TBA2010 dibuka pada 4 Oktober 1951 oleh Tuan Lock yang merupakan APO Kemaman. Ia terletak di luar Bandar di dalam daerah Kemaman, 15 Km dari Bandar Chukai. Keluasaan sekolah adalah 6.75 ekar.
            Penduduk di persekitaran sekolah merupakan penduduk kampung tradisional yang terletak di sepanjang jalan dan berkelompok di pekan Kampung Ibok. Kebanyakan penduduk kampung terdiri dari pada orang melayu yang bekerja sebagai petani dan penoreh getah. Sebahagian kecil penduduk merupakan orang cina bekerja sebagai perniaga kedai runcit.
            Sekolah Kebangsaan Ibok dahulunya mempunyai sebuah bangunan ketika ia mula bertapak. Dengan hanya mempunyai 5 bilik darjah dan murid seramai 26 orang. Namun pada 1 Jun 1969, ia berpindah ke bangunan baru yang mempunyai bangunan sebanyak 4 b
uah yang mengandungi 13 bilik. Manakala bilangan murid adalah seramai 350 orang terdiri daripada orang melayu yang tinggal dan menetap di Kampung Ibok,Yak Yah, Kg Pondok Pasir, Kg. Pondok Limau, Kg Padang Kemunting, Kg Jong Berlabuh dan Kg Batu 9.
             Sekolah ini mula membuka kelas pendidikan khas  pada Januari 2007. Bilangan murid di sekolah Kebangsaan Ibok sehingga kini adalah adalah seramai 350 orang, manakala bilangan guru seramai 35 orang
Sekarang terdapat 12 kelas pembelajaran perdana iaitu Tahun 1 hingga Tahun 6, 2 kelas PPKI ( Program Pendidikan Khas Integrasi ) dan 2 kelas Pra Sekolah.
Pada Tahun 2015, bilangan guru terdiri daripada 35 orang iaitu:

  1  Guru Besar
  1  PK Pentadbiran
  1  PK HEM
  1  PK Kokurikulum

  1  Guru Media
  1  Guru Pemulihan
  2  Guru Prasekolah
  3  Guru PPKI
  1  Guru Data
  1  Guru Penyelaras Betari 
22  Guru Penolong

Pada tahun ini juga, SK Ibok terpilih sebagai Sekolah New Deal kerana berlaku lonjakan saujana dalam prestasi 2014.


Pada hari guru peringkat Daerah Kemaman, SK Ibok telah dianugerahkan dengan Anugerah Lonjakan Saujana dalam UPSR 2014.


Segala kejayaan yang dicapai adalah hasil persepakataan idea semua warga SK Ibok.



n'Sah...311




Khamis, 28 Mei 2015

SALAM PERTEMUAN

Alhamdulillah, dipanjangkan usia dikuatkan tenaga dimurahkan idea untuk melakari ruangan ini dengan 
pelbagai menu maklumat untuk tatapan semua.

Semoga sudilah kiranya para pembaca dapat 
memberikan idea bernas untuk menjadikan laman 
ini lebih menarik dan berinformasi.

Segala aktiviti yang terakam di sekolah akan 
diabadikan di sini untuk ditatap dan dijadikan 
bahan dokumentasi atau sumber kenangan 
kepada semua insan 
SK Ibok yang berkaitan.

Terima kasih kerana kalian sudi membaca 
muqaddimah ringkas ini. 


n'Sah.... 311