Sabtu, 30 Mei 2015

KOROBORI PENGAKAP KEBANGSAAN

Bermula hari ini 30 Mei 2015 sehingga 3 Jun 2015 Korobori Pengakap Kebangsaan berlangsung di Kem Pengakap Tengku Mohamad Ismail Telaga Batin.

Alhamdulillah, Sekolah Ibok turut tersenarai untuk menghantar peserta dan seramai 4 orang murid dari Tahun 5 telah terpilih mewakili sekolah.

Semoga mereka berjaya melalui semua aktiviti yang disusun dengan jaya dan paling penting segala pengalaman sepanjang kem dapat diaplikasi dalam kehidupan hari-hari mendatang.

Tahniah juga kepada ibu bapa mereka yang sangat prihatin membenarkan mereka ke sana malah turut bersama-sama menghantar peserta kem di PPD Kemaman sebagai tanda iringan doa restu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan