SK Ibok turut menghantar 7 orang murid target untuk bersama menyertai kem tersebut.
Ahad, 31 Mei 2015
KEM TUTORIAL UPSR 2015 DAERAH KEMAMAN
Bagi memastikan pencapaian prestasi UPSR 2015 berada pada tahap yang cemerlang, PPD Kemaman melaksanakan program tahunan iaitu KEM TUTORIAL UPSR 2015 bermua 31 Mei hingga 2 Jun 2015.
SK Ibok turut menghantar 7 orang murid target untuk bersama menyertai kem tersebut.
SK Ibok turut menghantar 7 orang murid target untuk bersama menyertai kem tersebut.
Sabtu, 30 Mei 2015
KOROBORI PENGAKAP KEBANGSAAN
Bermula hari ini 30 Mei 2015 sehingga 3 Jun 2015 Korobori Pengakap Kebangsaan berlangsung di Kem Pengakap Tengku Mohamad Ismail Telaga Batin.
Alhamdulillah, Sekolah Ibok turut tersenarai untuk menghantar peserta dan seramai 4 orang murid dari Tahun 5 telah terpilih mewakili sekolah.
Semoga mereka berjaya melalui semua aktiviti yang disusun dengan jaya dan paling penting segala pengalaman sepanjang kem dapat diaplikasi dalam kehidupan hari-hari mendatang.
Tahniah juga kepada ibu bapa mereka yang sangat prihatin membenarkan mereka ke sana malah turut bersama-sama menghantar peserta kem di PPD Kemaman sebagai tanda iringan doa restu.

Jumaat, 29 Mei 2015
KENALI SK IBOK
Sekolah Kebangsaan Ibok didaftarkan dengan kod TBA2010 dibuka pada 4 Oktober 1951 oleh Tuan Lock yang merupakan APO Kemaman. Ia terletak di luar Bandar di dalam daerah Kemaman, 15 Km dari Bandar Chukai. Keluasaan sekolah adalah 6.75 ekar.
Penduduk di persekitaran sekolah merupakan penduduk kampung tradisional yang terletak di sepanjang jalan dan berkelompok di pekan Kampung Ibok. Kebanyakan penduduk kampung terdiri dari pada orang melayu yang bekerja sebagai petani dan penoreh getah. Sebahagian kecil penduduk merupakan orang cina bekerja sebagai perniaga kedai runcit.
Sekolah Kebangsaan Ibok dahulunya mempunyai sebuah bangunan ketika ia mula bertapak. Dengan hanya mempunyai 5 bilik darjah dan murid seramai 26 orang. Namun pada 1 Jun 1969, ia berpindah ke bangunan baru yang mempunyai bangunan sebanyak 4 buah yang mengandungi 13 bilik. Manakala bilangan murid adalah seramai 350 orang terdiri daripada orang melayu yang tinggal dan menetap di Kampung Ibok,Yak Yah, Kg Pondok Pasir, Kg. Pondok Limau, Kg Padang Kemunting, Kg Jong Berlabuh dan Kg Batu 9.
Sekolah ini mula membuka kelas pendidikan khas pada Januari 2007. Bilangan murid di sekolah Kebangsaan Ibok sehingga kini adalah adalah seramai 350 orang, manakala bilangan guru seramai 35 orang
Sekarang terdapat 12 kelas pembelajaran perdana iaitu Tahun 1 hingga Tahun 6, 2 kelas PPKI ( Program Pendidikan Khas Integrasi ) dan 2 kelas Pra Sekolah.
Pada Tahun 2015, bilangan guru terdiri daripada 35 orang iaitu:
1 Guru Besar
1 PK Pentadbiran
1 PK HEM
1 PK Kokurikulum
1 Guru Media
1 Guru Pemulihan
2 Guru Prasekolah
3 Guru PPKI
1 Guru Data
1 Guru Penyelaras Betari
22 Guru Penolong
Pada tahun ini juga, SK Ibok terpilih sebagai Sekolah New Deal kerana berlaku lonjakan saujana dalam prestasi 2014.
Pada hari guru peringkat Daerah Kemaman, SK Ibok telah dianugerahkan dengan Anugerah Lonjakan Saujana dalam UPSR 2014.
Segala kejayaan yang dicapai adalah hasil persepakataan idea semua warga SK Ibok.

n'Sah...311
Khamis, 28 Mei 2015
SALAM PERTEMUAN
Alhamdulillah, dipanjangkan usia dikuatkan tenaga dimurahkan idea untuk melakari ruangan ini dengan
pelbagai menu maklumat untuk tatapan semua.
Semoga sudilah kiranya para pembaca dapat
memberikan idea bernas untuk menjadikan laman
ini lebih menarik dan berinformasi.

Segala aktiviti yang terakam di sekolah akan
diabadikan di sini untuk ditatap dan dijadikan
bahan dokumentasi atau sumber kenangan
kepada semua insan

SK Ibok yang berkaitan.
Terima kasih kerana kalian sudi membaca
muqaddimah ringkas ini.
n'Sah.... 311
Langgan:
Catatan (Atom)